Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Keajaiban-Mu

ketika kau disemadikan diruang itu
ku lihat mata air itu mengalir deras
di liang lahat dibawah pundak kerandamu
namun ia tidak mengapungkan
tubuhmu yang berkapan
air jernih itu lalu entah kemana
penamatnya
pastinya kau insan
yang baik semasa hayatmu
dan tuhan
memperlihatkan kepada
kami tentang kekuasaan dan janjinya
kami tetamu
yang menghantar kamu pulang
dipersinggahan yang terakhir
pulang dengan tekad
agar persemadian kami
disini nanti akan mendapat
nikmat sepertimu jua

Hasny...
Sitiawan
29.3.2012

No comments:

Post a Comment