Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Kerana Tiga Ini

Kuasa,
alangkah seronoknya punya kuasa!
bisa berbuat apa saja
kebaikan mahupun kerosakan di maya pada,
kuasa yang dipacu nafsu
bermaharaja lela di mana-mana saja
hingga kau lupa bandingan dosa dan pahala,
alangkah sia-sia hidup di atas dunia
lebih-lebih lagi setelah dijemput ajalnya!

Harta,
alangkah nikmat jika melimpah-ruah!
maruah orang boleh diniaga
maruah sendiri apatah lagi,
harta yang halal dikongsi-kongsi
moga berkat dan makin menjadi,
harta haram tunggu saja pembalasan
di dunia selamat
azab menanti di hari akhirat!

Perempuan,
memang pemberian maharupa!
lirikan dan senyuman buat kautertawan
siang malam menjadi igauan,
perempuan penggoda buat kaujatuh ke jurang dalam
rela tergadai maruah dan iman
iblis dan syaitan bertepuk tangan!

Kerana tiga ini
kita mencabul agama yang suci,
kerana tiga ini
kita menjadi hina dan keji!

-malhis/27.3.12.

No comments:

Post a Comment