lewat sore ini kita berbicara
melalui membait puisi
tentang janji yang pasti antara
hamba dan tuhannya
bila tiba saat dan waktunya
tiada siapa boleh membatalkan
perjanjian ini
setelah janji ditamat
entah banyak entah sedikit
bekal yang sempat dibawa
untuk perjalanan yang amat panjang
entah berapa ratus ribu tahun lagi
baru dikejutkan
lewat sore ini kita berbicara
dan membait sebuah puisi
tentang keharuman bunga kemboja
dan kesejukan basahan air talkin
dibatas berpasir yang ditabur
dengan pandan-pandan muda
yang mewangi seketika
dan selepas ini
akan kian lama ditinggal sepi
setelah setiap langkah melangkah
pergi meneruskan kehidupan
hamba kini sendirian
menghadapi ujian lisan
yang terjawab bila
hati dan iman
tidak mati
sore ini ku baitkan
sebuah puisi tentang janji
dan batu nisan sejuk itu hanya
sebagai satu tanda pada janji
yang telah jasad dan tanah
kembali bersatu
28.03.2012
Hasny Mamu
Balik Pulau,
Penang
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment