Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Aku Masih Mahu Belajar

Aku Seorang Lelaki
yang masih bertatih mahu belajar

aku mahu belajar tata cara Kehidupan ini,
aku mahu belajar tentang erti sopan-santun,
kata dan budi bicara
aku mahu belajar ilmu rumahtangga bahagia
aku mahu belajar tentang segalanya
aku mahu hidup bahagia didunia dan ahkirat nanti
sebab itu aku terus mahu belajar
siapa yang sudi jadi guru ku
hidupku bagi sungai mati
yang kontang airnya

Aku seorang lelaki
yang masih bertatih mahu belajar

sehingga Kudapati Keindahan dalam
HabluMinaAllah dan HabluMinannas,
san aku mahu terus belajar
bagaimana untuk jadi orang sabar,
syukur dan ikhlas
akan heret usia ini
untuk terus belajar
sehingga halkum ku tersekat
oleh nafasku

Mamu Hasny,Manjung
April 2012

No comments:

Post a Comment