Bunga-bunga putih berguguran di jalan tanah merah
tergaul daun-daun kering menjadi sampah
terbuang di pinggir jalan di sapu si tukang sapu
atau hanyut ke takungan air kumbahan setelah dihanyutkan resah air hujan
orang pun lupa asalmu dari pepohon rendang
yang pernah mengukuhkan tebing halaman
lalu asal usul bukan lagi asas kemenangan apatah lagi kebahagian
kerana kebahagiaan hanyalah buah kepada hati yang bersih suci
kerana kebahagiaan hanyalah buah kepada hati yang dipenuhi syukur dan reda.
Kerana asalmu bunga putih dari pohon yang tinggi
gugurmu belum tentu di teduh bayang
kerana angin menyambar,membawamu terbang jauh
mungkin kau tercampak ke perdu onak dan duri
mungkin kau tercampak ke resah arus dan lopak
apa lagi kau pastinya hanya menanti hanyut dan reput
atau kau hanya menanti diangkut kepusat pelupusan sampah
Bunga putih,kembangmu di tinggi rendang pohon
Tapi gugurmu tergaul busuk sampah,sama resah,sama rendah,sama musnah
lebihmu hanya pernah harum di serakah hidung penjarah
menjadikan luka hatimu lebih parah,kehilangan maruah.
Yajuk
Bukit jering
27 april 2012

No comments:
Post a Comment