Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

PULAU KAPAS YANG KU DENDAM


telah aku tinggalkan seulas kenangan
pada jaluran ombak aku berpesan
pantaimu nan indah tak dapat kulupakan

waktu kujamah butiran pasirmu
mulusnya tak dapat kutelaah
bersinar gemersik sungguh indah
putihnya bak kapas menguntum mekar
pesona mata menambat kerinduan

kala kudaki curam bukitnya
belukarmu dipenuhi herba
tongkat ali, ubi jaga dan banyak lagi
selamba menghampar teduh pulau

murai batu dan merbah cerum
bertingkah dalam kicauan merdu
menegurku dalam alunan penuh tandatanya

di dadamu penuh misteri
dengan pelbagai pokok gergasi
uniknya indah tak terperi

pada lurahmu nan gundah
mengalir perlahan lelehan nyaman
sejuknya menyelinap sampai ke tulang

Pulau Kapas telah menggamit kenangan
rinduku masih kuselit di lurahmu yang sedang berdendam

~ anginretak**4.34am

No comments:

Post a Comment