Nukilan Karya: Rosnani Ahmad
Kalian selalu bertanya
ingin tahu siapa aku
yang tiba-tiba wujud di balik bayang
salasilah nenek moyang
maafkan aku
kerana membuatkan kalian memulas ingatan.
Sebenarnya ...
akulah yang berselindung
dibalik kerudung waktu yang cemburu
dan kalian adalah lelayangku
yang terputus talinya
tersesat jauh dibelantara masa.
Kini aku tercari-cari
ingin menyambung semula tali ikatan
biar utuh dan teguh
menjulang tinggi ke pucuk awan
tertambat erat ke akar bumi
lambang kekeluargaan dari satu keturunan
menaikkan kembali graf persaudaraan
di carta salasilah yang satu.
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment