Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Aduhai Kehidupan


Kit kit kit
mengapa hatiku sakit,
nget nget nget
kerana mindamu senget.

Mata sakit jangan sukanya mengenyit
hati sakit usah kaubiar bertambah perit.

Rumah senget dipancang-pancang
tak akan tumbang,
minda senget diberus-berus
menjadi lurus.

Aduhai kehidupan
makin hari makin meragam,
pening kepala kuhampir pitam
mari tuan puan tolong pulihkan.


-Malhis/12.6.12

No comments:

Post a Comment