Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Pengertian


Ketika ketika seperti begini
dan hari hari yang lewat
apalah sebenarnya
teman yang menjauh
tiada lagi berkata kata
kerana ....
kata kata tidak pernah bertahan
benarlah gerak yang datang dari hati
walaupun cuba menafikan
tapi itulah kebenaran
yang ada kini ungkapan kebencian
mengusik hatiku
gurau senda yang lahir
dari hatimu dan hatiku
menjadi indah ....
tapi hanya seketika
menemani waktu ....
hidupku diriku
bukan kefahaman semua manusia
seperti puisi puisiku
begitu sukar untuk difahami
ada kerinduan dan harapan.


Yatie Yusoff
4.45pm
01Jun2012.

No comments:

Post a Comment