Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Nyanyian Luka...


Nafas....
lagukan seruling lukaku
dalam dakapnya ombak bara
jagakan lautan yang bermimpi
dan...gemalailah Cinta
kejutkan rindu yang tertidur
aku mahu menjerit pada hijaunya rimba
biar terbangun unggas yang terleka
akan terbuka kah jendela yang terkunci
dalam jemarimu masih adakah aku..?
uuhh...wajahmu..suakan pada mataku
dan membiarkan langit membilang petala
dalam renjisnya embun hujan di lantai bumi
akan menghijaukah Sahara di telapak petalaku...?
dengarlah Kekasih....seruling lukaku sedang berbisik...!!

AwaL

No comments:

Post a Comment