Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Aku (Mamu Hasny)

Bila aku menghadap cermin
seakan cermin mengajuk-ajuk aku

bila aku bermain dengan bayang-bayang
seolah-olah bayang itu tidak mahu lekang dari tubuhku
mengekoriku dengan bayangan legam

bila aku menghadap dan sujud pada mu Tuhan
aku rasa terlalu kerdil sekali
mampukah aku berdiri lama dipadang masyar nanti untuk dihisab
mampukah aku melepasi jambatan ke syurgamu
aku takut dengan kebengisan Malek
dipintu nerakamu

cermin mengajuk aku
bayang-bayang terlalu mesra denganku
Tuhan amat mengasihi dan meyayangi aku

cuma aku yang makin alpa
dengan janji yang pasti
dan hidup ini insyallah
dan usiaku
makin menghampiri
pada janji
Tuhan

8.24pm/28 Mac 2012
Balik Pulau

No comments:

Post a Comment