seusia muda ini dia menanti di lorong gelap
dengan sejambang bunga ditangan
membiarkan kulit halusnya
dijilat angin sejuk tika
embun jantan baru menitik
kerana apa?
tentunya kerana desakan
dan mahukan sebuah samsung galaxy
untuk berfesbuk esok pagi
gadis seusia ini dengan jambangan bunga
ditangan...
malam esok malam minggu
masih berdiri dilorong hanyir itu
dengan aksi membakar jantung
si jantan yang baru belajar berkokok
hanya kerana nak memiliki
alat solek buatan tangan si Yahudi
untuk melukis kembali wajahnya
yang telah legam
bila aku kembali dan melewati
lorong itu semalam
gadis itu sudah tiada
hanya kelopak-kelopak bunga mawar putih
yang bertaburan
dibasahi gerimis yang tiba-tiba
merenjis malam
khbarnya dia sudah tidak boleh pulang
kerana syabu memutih mukanya
yang legam
Mamu hasny 2011...Key Ell
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment