dari lautan langit biru,
kedinginan pawana menghembus
membekukan kehangatan
hati semakin sayu
sayu yang dihidupkan
menyalakan fragmen-fragmen duka,
meriasi atma yang kekosongan
mendedikasikan pada sang hiba
ya,
mengapa perlu menyawakan hiba
hanya membawa sejuta keperitan?
ya,
mengapa harus terus ditawan
terperangkap dalam penjara kesengsaraan?
mungkin...
kerana hidup tiadanya seri lagi,
suria memancarkan kematian
pelangi berwarna kekelaman
dunia ini sudah tiada bermakna!
inilah lagu hiba
dicipta dalam kekesalan,
perlukah diri terus menyulam perih
dipasung kewalangan hati!?!
TIDAK!
cuba tinta pelangi
sungging kebahagiaan walau sesaat
penderitaan sentiasa menjerat
mengejar lalu mengerat perlahan-lahan
bisanya menanggung tiada terlukis
padaMU
pengabdian tulus
penyerahan ikhlas
penuh KEINSAFAN
adakah itu
dalam kesulitan terselit rahsiaMu?
Raisya Scorp
Marsiling Dr
No comments:
Post a Comment