Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Grafiti Cinta ♥

tiadakah kau lihat
namamu kujadikan grafiti
meriasi lorong-lorong hatiku

terconteng di tembok-tembok
pelbagai warna rasa kutintakan
hiasan lorong-lorong hatiku
hanya namamu tercoret!

dan pada malam juga
telah aku lukiskan wajahmu
lihatlah rembulan di atas sana
tiadakah kau lihat imbasanmu?

setiap kali dingin memelukmu
aku hangatkan dengan api asmaraku,
agar tiada perlu kau menggigil
pppsstt ...
aku tetap di sini bersamamu

Marsiling Dr

No comments:

Post a Comment