Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Perempuan Yang Penuh Rahsia

Tidaklah aku mahu mengetuk pintu mu. Tidaklah aku mahu bertanya apa-apa tentang kamu. Malah semuanya bagaikan terbiar oleh arus waktu. Tanpa apa-apa. Mungkin lebih baik ia terus begitu. Kamu perempuan yang penuh rahsia dan aku terus meneka apa-apa saja tentang kamu. Siapa pun kamu walau tanpa nama, tanpa diri yang nyata, bahkan tanpa apa-apa tentang kita.

Kamu seperti sebuah lukisan di hadapan ku, yang terus ku baca dari setiap sisi. Bahkan ia tidak akan pernah selesai sehingga mana pun. Demikianlah kamu perempuan yang penuh rahsia. Dan aku sangat menghargai hubungan yang bukan hubungan ini. Aku hidup dalam dunia pertanyaan demi pertanyaan. Semuanya tentang kamu. Aku terus meneka, membaca mu dan mencari makna pada semua situasi ini.

Apakah suatu ketika kamu akan ada di hadapanku, dan aku akan hilang gentar menyebut nama mu walau kamu tanpa nama, atau menatapi mu walau kamu tanpa diri yang nyata. Semua pertanyaan-pertanyaan ini menarik keinginan ku untuk terus meneka tentang kamu "PEREMPUAN YANG PENUH RAHSIA".

Alhaqimi- Hari Terakhir Bulan Mac 2012.

No comments:

Post a Comment