Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Merindu



pagi dingin
kicau burung berlagu
semalam mimpi merindu
terbangun lena sedari sayu
Kuala Lumpur tempat mengadu
terbuang sudah bunga yang layu
wangi harum masih memalu
terbuai lembut diringi bayu
hilang lesap dilangit biru
orang kampung...
orang kampung masih di rindu
hilang sesat di kota semu
akhir nafas kembali bertemu.

-gelap-
27/04/2012
jumaat

No comments:

Post a Comment