Tunggul-tunggul menulis kenangan
tentang bau alam musim kemarau
dan warna tanah selepas hujan
atau ketika angin mati satu demi satu.
Tunggul-tunggul menjadi tanda
pohon-pohon adalah kehidupan
yang pernah bertapak di sini
sejak sekian tahun.
Tunggul-tunggul keras
sebahagiannya masih lagi ada
berperang dengan waktu
pada hayat-hayat terakhir.
Alhaqimi-290312
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment