Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Pakko Mengkarung



Pak ko mengkarung telah menjadi naga
tersihir jampi pemain silap mata
ditelannya Padang Merdeka
ditelannya suara merdeka
Sasterawan Negara ikut di tongsampahkan suaranya
malah dimaki nista

Bengkok telunjuk menunjuk bengkok
tiang tegak menjadi bengkok
ada ular meniti dalam diam
terkarut terbelit jelatang berduri
tetap bengkok telunjuk menunjuk
kerana yang bengkok sentiasa mahu mengait telunjuk.

Mahu disembah segala arah
mahu diikut segala perintah
mahu dibuang segala resahdesah
aku masih pemerintah
mewarisi tahta penjajah
akan mempertahan kuasa menjarah
jangan coba melangkah arah
membujur lalu melintang patah
jumpa nanti di kandang orang salah.

Yajuk
Taman Melawati
28 april 2012

No comments:

Post a Comment