Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Duhai Nafas Suci


bulan parbani tergantung lemah
seakan merintih pada dini yang semakin basah
bergundah oleh resah malam mengait dini
biar pun fajar belum hadirkan diri
lemah oleh malam yang akan tinggalkan pergi

sepi berselubung semakin bertingkat
sesekali dipecah oleh kokok tidak bertaji
deheman batuk terdengar sesekali
lalu bersambung lagi dalam sepi dini

Jumaat yang barakah tiada kau tulikan
sanggup kau tahan bersama irama kesucian
demi seulas rasa yang selalu kau siram
kau tambat berterusan di kala malam

nadimu jalaran makrifat
nafasmu hembusan keramat
kau sendung...kau tambat rapat-rapat


~ anginretak**3.45am - gambar senja di pinggiran Masjid Kristal

No comments:

Post a Comment