Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Empunya Riwayat Jutaan Peso Dan Pontianak


Dari negeri Timur adatnya ini
Larilah kemari seekor pontianak
Kerana terdengar makmur akan negeri Timur ini
Konon empunya riwayat Pontianak ini berdarjat ratu
Maka dengan hasil wang pinjaman
Dibelinya lima ekor kambing dengan harga sekeping syiling
Lusa terkandanglah lima ekor kambing
Didalam rumah papan berharga jutaan peso
Marahlah lembu,bencilah lembu
Kerana Pontianak berkambingkan lima
Dengan pangkatnya sebagai ratu
Tiadalah layak berkambingkan lima
Patutnya lembu yang ada disitu
Sedang teman sebiliknya jugalah menjadi pengembala
Mbek,mbek,mbek,mbek,moooooo
Kambing berlima berbunyi
Makin marahlah lembu-lembu
Kerana kambing membuka tembelang
Moo,moo,moo,moo,mbekkkk
Hakim di rimba sudah mengetahui muslihat lembu
Tapi hanya suara bisu
Ibarat harimau Raja di rimba
Telah hilang taring kembarnya
Habislah segala isi negeri Timur
Malam gelisah siang gundah
Sapi dan lembu empunya susu
Kambing berlima mendapat nama
Riwayat negeri Timur
Tercalar akan makmurnya

No comments:

Post a Comment