Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Jangan Kau Usir


Tak perlu dia kau usir
bila pengemis cinta mengintai di sebalik tabir
sedang hatinya sentiasa walang
ingin menidakkan kasihnya yang berulang
adalah satu hasrat yang tak mungkjn
andai mencintai itu satu dosa
sebesar manakah dosanya .

Tetamu senja yang bertandang
sekadar ingin menemanimu pulang
kala malam makin merangkak tua
biarkanlah dia setia membawa lantera
mengiringimu keperjalanan jauh
susur galur bersimpang siur
bimbang dirinya menuju sesat
pada dirimu terpaut hasrat.

Kasihanilah pengemis cinta itu
ihsanmu memberi nyaman
saat dirinya terbakar kesepian
rindunya sekadar di pinggir jalan
bila cinta itu anugerah takdir
yang tak dapat dimungkir
biarpun itu satu dosa
tetap cintanya merah membara.


Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
3 Jun 2012

Malam 27 Rejab


hayatilah sejarah Rejab
saat hati Rasul dibedah
'alaqah, ketul hitam dibuang
khatimin nubuwwah
: penyucian hati


020612
kota singa

Cinta Lautan Tak Bertepi

Cinta adalah lautan tak bertepi
Langit hanyalah serpihan buih belaka.
Ketahuilah langit berputar karena gelombang cinta
Andai tak ada cinta, dunia akan membeku.




Nukilan Puisi : Maulana Jalaluddin Rumi

Ketuanan Melayu




Ketuanan Melayu wajib terpelihara
itu petanda peribumi yang punya
andai musnah Melayu di persada
menangislah kita kehilangan kuasa.

Andai terlepas dari genggaman
ketuanan Melayu hilang pegangan
sejarah yang lama jadi pengalaman
ambil ikthibar jadi pedoman.

Jika asyik lalai dan leka
segala padah menimpa muka
apa di kesal rajuknya rasa
sudah menjadi mala petaka

Andainya bangsa hilang kuasa
bertepuk tangan menunding ke kita
hilanglah Melayu di mata dunia
lenyap terpadam tanpa bicara.

Insaflah duhai anak-anakku
berjuanglah demi maruah bangsamu
janganlah kita membibit seteru
peliharalah perpaduan orang Melayu

Jika kita bersatu hati
memegang kukuh mertabat negeri
pasti petaka takkan terjadi
ketuanan Melayu tetap dipunyai.


Che Fauziah 1dris
Kuala Kurau
Perak
1 jun 2012

Sesal Dahulu Sesal Kemudian


Sesal dahulu pendapatan diri
sesal kemudian menanggung rugi
andai keliru diri dikendali
pasti merintih meratap sendiri.

Berpatah balik sebelum sesat
sebelum malam merangkak pekat
biar diambil kerputusan muafakat
barulah hidup membawa berkat.

Bila melihat pesona mata
kajilah dulu indah perkara
jangan diturut hati tergoda
andai tersasar jiwa melara.

Dalam berfikir mencari makna
tenang dan sabar memberi guna
tidaklah diri dalam bencana
asalkan iman membawa sempurna.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
31 Mei 2012

Tenggelam Di Muara Kasih



aku merenung pada jernih muara
denum air sedang mengusung pada pasang
galak ikan sesekali mengocak pada ketenangan
berjujuk mencari plankton untuk santapan

lembut bayu Cina Selatan tetiba semakin beralun
seakan berkirim pesan pada sebuah rindu yang disimpan
tenggelam aku bersama perasaan yang sukar diceritakan

~ anginretak**11.53am

Empunya Riwayat Jutaan Peso Dan Pontianak


Dari negeri Timur adatnya ini
Larilah kemari seekor pontianak
Kerana terdengar makmur akan negeri Timur ini
Konon empunya riwayat Pontianak ini berdarjat ratu
Maka dengan hasil wang pinjaman
Dibelinya lima ekor kambing dengan harga sekeping syiling
Lusa terkandanglah lima ekor kambing
Didalam rumah papan berharga jutaan peso
Marahlah lembu,bencilah lembu
Kerana Pontianak berkambingkan lima
Dengan pangkatnya sebagai ratu
Tiadalah layak berkambingkan lima
Patutnya lembu yang ada disitu
Sedang teman sebiliknya jugalah menjadi pengembala
Mbek,mbek,mbek,mbek,moooooo
Kambing berlima berbunyi
Makin marahlah lembu-lembu
Kerana kambing membuka tembelang
Moo,moo,moo,moo,mbekkkk
Hakim di rimba sudah mengetahui muslihat lembu
Tapi hanya suara bisu
Ibarat harimau Raja di rimba
Telah hilang taring kembarnya
Habislah segala isi negeri Timur
Malam gelisah siang gundah
Sapi dan lembu empunya susu
Kambing berlima mendapat nama
Riwayat negeri Timur
Tercalar akan makmurnya