Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Perkasa

kau perkasakan hatimu
pada tikaman yang menghunus
tidak setitik pun darah menitis
tapi aku tahu
kamu pedih

kau perkasakan jiwamu
pada belahan belati tajam
tidak sekelumit pun suara meraung
tapi aku tahu
kamu luka

kau perkasakan perasaanmu
pada segalanya
tidak satu pun yang menggetar raga
tapi aku tahu
kamu sebenarnya lemah

Sesekali Badai Rindu Melanda...Kucoret Puisi Penuh Luka


aduhai
masih kah kamu ingatiku
sepertimana aku mengingatimu
atau masihkah ada sisasisa rindumu buatku
sepertimana aku merinduimu
tidak inginkah kamu bertanya kabarku
sepertimana aku bertanyakan kabarmu
tidak mahukah kamu menolehku dibelakangmu
sepertimana aku yang sering menjadi bayang mengejar tiap langkahmu

barangkali

perasaanmu sudah mati
tapi aku rela menjadi nisan nya
pahatlah namamu didadaku
dengan tinta merah menyala
kerna itu airmataku yang bertukar menjadi darah
mengalir dari jiwa nan lara pedih luka perit meronta

aku sudah kalah

TITIK


Princess Nania~
22/6/2012
12:43am

Wanita, Ada Agama


Wanita yang tidak cantik, tapi kerana dia ada agama
kamu akan nampak dia sebagai manis..
Wanita yang tidak kaya, tapi kerana dia ada agama
kamu akan nampak dia sebagai seorang yang redha.

Wanita yang keturunan tidak berdarjat, tapi kerana dia ada agama
kamu akan nampak dia sebagai seorang yang rendah diri.

Wanita yang tidak pandai, tapi kerana dia ada agama,
kamu akan nampak dia sebagai seorang ibu mithali....

Sesepi Rindu Ini


sepi
tiada sepatah kata
yang kudengari

sunyi
tiada sebaris ayat
yang kau ucapkan

diam
tiada bicara terluah
antara kita

aku terpana
memandang kosong
langit kelam

biar saja aku bicara
bersama bulan
kerna bulan juga merindu
sama sepertiku

~akubayu 12/06/12
merindu tanpa kata~

Puisi Cinta Tak Berterus Terang



Saat mendekat, engkau membisu
saat menjauh, engkau merindu
lalu cinta kita pun menjadi bisu.


-Malhis/12/6/12/

Aduhai Kehidupan


Kit kit kit
mengapa hatiku sakit,
nget nget nget
kerana mindamu senget.

Mata sakit jangan sukanya mengenyit
hati sakit usah kaubiar bertambah perit.

Rumah senget dipancang-pancang
tak akan tumbang,
minda senget diberus-berus
menjadi lurus.

Aduhai kehidupan
makin hari makin meragam,
pening kepala kuhampir pitam
mari tuan puan tolong pulihkan.


-Malhis/12.6.12

Sajak di Pijar Purnama


sayang, bila engkau terjaga
dari lelap malam ini
cobalah tengok ke balik jendela
ada sepotong sajakku menggantung
di kedamaian pijar purnama
sebab selepas senja
aku telah menggoreskannya
dengan tinta rindu dan cinta yang sederhana....