Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Jemariku Membangkit Kenikmatan


Jemariku meramas dan membelai, lalu menekan dan memasukkan demi mengeluarkan bentuk-bentuk penuh keindahan. Kau ditimbus dan ditekan sedalamnya hingga menjadi keping-keping hamparan lembut.

Jemariku terus mengatur gerak tari membulatkan butir-butir manis di hamparanmu. Melimpah kemanisan di sana penuh kemewahan. Jemariku terus menolak, menahan dan menarik semula...
. Mataku memandang bawah dan ke atas terpukau dengan keindahan senyum manismu.

Jemariku meneruskan tari dan menggulung kemas dudukmu di barisan tersusun rapi , di perbatasan seperti barisan soldadu yang mau berperang.

Jemariku melakar sentuhan warna agar berseri sebelum kau pergi menghangatkan tubuhmu. Hingga sampai waktu keluarmu kutunggu dengan debaran. Adakah kau bakal harum dan menggebu?

Kubelaimu untuk merasai kehangatan yang pergi lalu membiarkanmu istirehat seketika. Kau kususun rapi berkumpulan kerana pergimu tak pernah sendiri. Kau pergi dengan kebanggaan hati. Kau dipuji kerana terhasil dari belaian jemariku yang membangkit kenikmatan.

Jemariku membelaimu dengan kasih sayang yang ikhlas sebelum kita terpisah selamanya. Kau terlalu bermakna buatku wahai Tat Jem Nenas Bergulung :))


Catatan:
Shiehartie'87
27/10/2010
foot note: Tat Jem Nenas Bergulung (Jam Tart Roll)

No comments:

Post a Comment