Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Balada Ini ♥

Kataku : "aku wanita yang hidup,
menghirup kesegaran udara
tika tirai pentas memulakan wayang
aku menari disorak ramai
sebatang lilin putih membakar hiba"

ingin ku tulis balada ini
biar langit memesan bayu
erti keluhan hatiku
biar laut menggulung ombak
erti gelora hatiku
biar bintang berkata pada bulan
erti rindu di hatiku
biar bumi berbisik pada tanah
erti hidup dan matiku kelak

pada sepi yang mencakar
pada gelisah yang mengamok
pada nadi yang bergetar
pada darah yang merah
pada hati yang berasa

agar mereka mahu faham!

dan embun pagi yang bertitis
dibibir subuh yang dingin
aku wanita berteman malam
masih mencari erti semua ini!

Raisya Scorp

No comments:

Post a Comment