Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Bila

Bila hitam kaubilang putih
bila putih kaubilang hitam
bagaimana harus kujawab
bila kelabu akhirnya kaupilih!

hitam itu menawan
putih mengghairah perasaan
kelabu, kau tentunya keliru!

kelabu yang kaupilih itu
tentu adunan pelbagai rasa
masam,manis,pahit,kelat
akhirnya buat kauderita
akhirnya buat kautersiksa...

pilihanku tetap hitam
kerana hitam itu manis dan menawan
tiada bandingan.

-malhis tompang/22.3.12.

No comments:

Post a Comment