Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Cerita Tentang Rindu 1


beritahu pada angin 
jika bertiup ke selatan
ingin ku kirim rindu ini

beritahu pada malam
jika bulan terbit
selepas hujan
terangi halaman rindunya
dengan cahaya

beritahu pada hati
aku amat merinduinya
selagi angin berdesir dan rembulan
bercahaya....

~ Hasny Mamu

No comments:

Post a Comment