Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Hamisnya Busuk sekeping Hati ♥

hamisnya kata
sehamis hati yang busuk,
tertutup hitam pekat berkerak!

bersihkah hati itu
seperti kain kafan bakal
membalut tubuh?

menabur nista berulat
berteriak megah dalam gelanggang
sayangnya memperlihatkan
aib yang bernajis itu!

apakah kau mengenal dirimu
terpasung akan rantai hasad!

apakah kau sedari dirimu diperalatkan
akan bisikan iblis mahu menyesatkan
dirimu?!

sayang ...
mana mungkin nur iman
dapat menghirup segar udara bersih
hati terkunci berlangsir besi!

maka katakanlah
wahai hamba Allah

apa saja yang kau mahu

dunia ini kaulah hakim

di akhirat kan Allah tunjukkan
keadilanNYA ...

~Raisya Scorp

No comments:

Post a Comment