umpama dedaunan kering
melayang di jalan raya
dipusar samudera
atau di mana-mana sahaja.
Nilai hayat begitu berharga
melebihi emas dan permata
ia perlu diisi dengan pahala
mengosongi dari segala dosa.
Hayat adalah anasir fana
mendenyutkan gerak nadi
mendegupkan gerak jantung
apabila keduanya terhenti
bumi tak berpayung
laut tak lagi bergulung.
Rabu-23032012
Seri Badong,
Merbok, Kedah.
Seri Badong,
Merbok, Kedah.
No comments:
Post a Comment