Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Mesin Hati ♥

gelombang eletrik rindu
menyalurkan kuasa wayarles
pada dawai urat saraf
mekanisme jantung ini

setiap pergerakan jentera
memberi isyarat nadi
menelegramkan informasi
secepat kilat tanpa silap

kawalan akal memuat turunkan
setiap bait elektrikal maklumat
memprogramkan kekakuan rindu
menghasilkan kejutan elektrik

arus karan berlebihan
mematikan fungsi
daya kuasa hilang
mesin hati rosak
akibat kecaman virus rindu!

Aisya
230312
Marsiling Dr

No comments:

Post a Comment