Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Pantun

pohon mengkudu dipanjat dedalu
dedalu tumbuh hingga ke pintu;
hati rindu terkenang selalu
adakah yg dirindu pun jua begitu?

berjalan-jalan di pekan selayang
pergi ke kedai membeli arang;
sayang aduhai beribu kali sayang
yang dikenang hak milik orang

robek hatiku kian parah
angan-angan terbang melayang;
hatiku redha dan juga pasrah
kubuang kasih kubuang sayang

cendawan busut dah berkulat
kerana lama di atas para;
jangan terkezut atau terkujat
cuma pantun penghibur lara

CoNan Qursany

No comments:

Post a Comment