Begitu perih suatu penantian di pelabuhan terakhir
setelah kau kehilangan segala mimpi
sekujur jasad tidak lagi membenih hasrat
selain menanti dijemput Tuhan ke alam akhirat
kembalilah kau menyatu diri dalam kudrat dan iradat-Nya
menyerah pasrah pada suratan kun fayakun.
91 tahun meredah samudera hayat
ternyata jalan lurus ltu sangat berliku tajam dan menikam
yang terluka adalah diri,yang terhiris adalah hati
kerana yang gah dan gagah belum tentu kuat dan bertanggongjawab
dan yang kaya selesa belum tentu hatinya penuh timbangrasa
tinggallah kau menghitung sepi dalam riuh tawa anak dan cucu
tinggallah kau memakan hati dalam berat beban perasaan anak-anak kesayangan
yang sentiasa menghitung masih berbakikah harta dalam kemarau yang panjang.
Pelabuhan terakhir semakin terbiar sepi
kerana kapal-kapal sebuk memunggah muatan sendiri-sendiri
dan diri yang tak berdaya semakin jauh tenggelam ke dasar hati
menemukan garisan penyatuan diri dan Tuhan
yang nyata diri adalah bayang-bayang tanpa apa-apa
yang pasti hanya Dia yang nyata,hanya Dia maujud segalanya
dan diri kembali kepada asalnya tiada
yajuk
bukit jering
23 mac 2012
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment