saat terpandang wajahmu
hatiku mula berbicara rindu
rinduku padamu semakin padu
hanya dirimu bertakhta di hatiku
saat kutatap matamu
kurenangi ke dasar hatimu
merasai setiap emosi tersimpan
menjadi hakikat novel hidupku
saat mata bertemu mata
bicara mata meresap ke hati
jiwa mengelora bersama rindu
rindu padamu duhai dewi
bicarakanlah tanpa malu
luahkan setiap rindu terkubur
inginku nikmati saat rindu
melabuhkan rasa dalam hatiku
kurindu padamu setiap waktu
kuingin dirimu setia bersamaku
walau apa terjadi pada dirimu
kerana rinduku bukan sebarang rindu
rinduku ini disulami cinta dan kasih sayang
ketahuilah, wahai dewi hatiku
rindu ini kunobatkan padamu
tiada lain selain dikau, dewiku
setiap malam kan kusulamkan
puisi rindu hanya untukmu!
kugarap puisi ini hanya tukmu
moga dirimu bisa selami hasrat suci hatiku
inginku bersamamu telusuri hidup ini
ke arah satu niat dan tujuan
bina ikatan perkahwinan bersamamu, dewiku ...
Isma Anis Al-Fikri
♥ 24 Mac 2012 ♥
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment