aku hanyalah sabut kering
terumbang dan dioleng
oleh arus masa yang tiada mahu berpaling
pada aku...rindu mula sumbing
apunganku bagaikan pengembara
berdendang di lautan pura
meniup ombak penglipurlara
agar rindu tetap membara
sesekali buih datang menyapa
mencemuh pada kulit tidak berupa
kerna tempurung sudah lama tiada
dari isinya yang pernah diniaga
tinggallah aku menjadi sabut bergelora
basahku kini makin berkelana
oleh simbahan ombak rindu berjelira
buat hati tambah merana
keindahan semuanya seakan sedang berpura
akulah sabut kering yang sengsara
dioleng arus seakan tiada dermaga
sehingga karang yang bermukim tumpang melara
camar pula tiada ingin bertanya
kuruslah oleh arus masa yang talinya tiada dua
aku hanyalah sabut kering
mengapung dalam baring
mencari pengkalan untuk berdering
~ anginretak**4.24am23Mac2012
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment