Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Aku terpinggir



Aku berkawan dengan sepi
aku berkawan dengan sunyi
saat kau
menyatakan
jangan ganggu dirimu lagi
kau tak mahu lagi
mendengar celotehku
kau tak ingin lagi
berborak denganku
kerna katamu
aku telah menjatuhkanmu
di hadapan rakan-rakan
aku akur
keterlanjuran kataku
namun aku tiada niat
melukakan hatimu

Maafkan aku teman
aku redha andai kau membuang aku
dari hidupmu

~Tenang~
ENI
020412,12.15am

No comments:

Post a Comment