bahasa laut
bahasa gunung
dipinjamkan dari bahasa alam
untuk menyatukan aksara
menyatakan makna.
Kusimpulkan
cerita prosa
cerita penglipur lara
dari hikayat purba
untuk paparan semasa
memakmurkan dunia sastera.
Walaupun kerdil diri
di mata kemasyhuran
namun ianya bukan alasan
untuk melenturkan lidah
merundukkan yang angkuh
menegakkan yang jatuh.
Lembah Bujang.
No comments:
Post a Comment