Tiada lagi kita susuri jalan itu lagi
Tiada lagi kita nikmati mimpi indah di
di istana putra?
Tiada lagi kemanjaan di Bintang Walk
Tiada lagi kemesraan lagi sewaktu kita
Meyusuri kota itu
Tiada lagi menikmati kedinginan malam dan dinihari
di kota itu...
Semua itu tercatat indah di kotak kenangan kita
Bagi meneruskan aku untuk menyimpul kasih
Menguraikan erti sayang
di antara dua hati
Dan esok yang mendatang
Kita teruskan
Langkahan masing-masing
Cuba memeluk kebahagiaan
Dan hari yang terus mendatang
Kita teruskan dengan nekad
Dengan sedikit harapan
Agar masih ada ruang dan waktu
Untuk mengumpulkan sedikit kenangan
Ingatlah sayang
Jika tengah-tengah perjalanan kau masih tersesat
Hulurkan tanganmu
Aku masih disini dan terus memimpinmu tanganmu
Dan
Bila kau telah menemui erti kebahagiaan
Aku di sini menadahkan secebis doa dan cuba berterima kasih pada tuhan
Tuhan.
Kini hanya tinggal segulun rindu di hati
Untuk mengenangkanmu adalah satu dosa
Dan aku hanya insan yang lemah
Tak terdaya menyingkir senyum dan tawamu
Aku mengait rasa sayang dan kasih
Dalam lipatan mimpi
Dan hari esok mentari akan terbit lagi
Aku masih mengusung rindu
Dan dalam sendu ku pertahankan kasih - kupertahankan
Ini untukmu
Dan aku hanya mampu tersenyum
Bila malam menjelma
Dan hari esok selepas hujan mungkin ada warna-warna pelangi
Yang hendak direnungi.
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment