Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Fihi Ma Fihi

Fihi Ma Fihi


dari bicara Jalalludin Rumi..
aku berpusar di lingkaran
dan menghirup seteguk anggur di piala Cinta..

dan inilah yang sesungguhnya
khabar dari singgahsanaNya
kita mahu menjirus kedunguan sendiri
dan meraih satu Asyik
yang di tarinya ada Dia yang berdansa..!!
uuhh..pegang jemariKu..mari kita raikan
titis yang turun dari petala
adalah biasan KasihNya
yang kita sendiri tidak terasa
yang kita sendiri meminta..namun kita sendiri menolaknya..
ahh...Aku bicaramu dengan tamparan
dan kau ketawa dengan duniamu
Ya Thoha..
inilah sesungguhnya...
keabadian Aku di hatimu
adalah mainan akalmu di sejagat alam
menunjukku dengan bibirmu
lalu menepisnya dengan hatimu..?
aahhh..berpusarlah dengan bicara rumi
di situ ada Aku yang berkata
dalam desir nafasmu
kau tidak merasa..atau kau kehilangan rasa..!!
Fihi Ma Fihi...
di bibir Rumi Aku berkata...
kau tidak mahu mendengar...??

AwaL...!!

No comments:

Post a Comment