Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Ibu dan Ayah ♥

Ibu,
Ingin saat ini ku kucup dahimu
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.

Ayah,
Aku rindu cium tanganmu
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki
Aku rindu kata-katamu
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku.

Ibu, Ayah,
Aku rindu menatap wajahmu
Aku rindu masakanmu
Aku rindu nasihatmu
Aku rindu gelak tawamu.

Ibu,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik

Ayah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.

Terima kasih cintaku, ibu dan ayah,
Aku bangga jadi anak kalian.

♥ Jiwaku Rita ♥..12.00 @02042012...

No comments:

Post a Comment