keranamu
aku jadi 'Wonder Woman'
banteras deduri hidup
banting tulang cari rezeki
gagahi semua dalam senyum
walau sebenarnya semakin
lelah melawan arus duga
keranamu
aku lupa lapar dahaga
alpa pada erti bahagia
yang utama dan penting
kalian gembira, ketawa riang
tiada masalah mengerut dahi
keranamu
aku simpan air mata
walau setiap kali hampa
air mata ini menjerit
mahu dikeluarkan bersama
sejuta masalah di dalam benak
keranamu
aku tawakan senyum
tiada perlu kalian resah
tidak harus ada khuatir
nikmatlah hidup dengan ceria
biarlah aku sendiri derita
keranamu
aku pilih hidup sendirian
kita bersama bina istana
tidak perlu ada yang lain
menggugat keamanan
kerana
kamu nafasku,
cinta rindu kekuatanku
sebabnya aku mahu terus hidup.
Raisya Scorp
Marsiling Dr
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment