ingin kutuliskan sebait kata
dalam diammu, walau semua
tak akan kau eja seperti
si bisu berpuisi rindu
sebait kata kulukiskan
kualunkan pada segenap rasa
walau tidak mahu kau akui
biarlah hati kau mengerti
kujadikan sejambak puisi
kelopak halusnya tersirat kasihku
durinya rindu melukai
walau kau tetap menunduk bisu
ingin kutulis sebait kata
dalam diammu, walau semua
tak akan kau eja seperti
si bisu berpuisi rindu
walau lidahmu kelu
menidakkan semantik huruf
biarkan aku dipaku bersalah
membisukan aku dalam diammu
sepi kau paksakan
pada simbol-simbol erti
memaksakan aku untuk berontak
lalu dipasung pada penderitaan
ya, sebait kata dalam diammu
kuertikan pada bahasa bisu
berpuisi rindu tanpa bunyi
tetapi kau aku tahu
kita masih dijerat rindu
(edited version)
Marsiling Dr
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment