semantikkan aku linguistik cinta
bahasa berteorikan tentang rindu,
hurufhuruf terkaku dihembus jiwa
maka hiduplah memberi makna
cintaku hadir bukan memaksa
terimalah, aku tidak mengemis belasmu
hadirnya CINTA bukan ditangisi
CINTA bukan terbatas pada ikatan pernikahan
apakah CINTA harus dibalas,
dua hati melafaskan ikrar?
adakah CINTA hadir mengusir kesepian
di ranjang kehendak batin manusiawi?
Linguistikkan bahasa CINTA
bahaskan thesis falsafah Cinta,
CINTA kau doktrinkan kefanaan
atau berhaqiqikan anugerah Ilahi?
CINTA yang aku cuba fahami
maknawinya membelah bumi,
menggegarkan langit
menggelorakan laut
tiada kata mampu kulukiskan
atau aku indahkan pada bahasa
kerana CINTAku beri sepenuh jiwa
tanpa perlu kau pulangkan kembali!
Marsiling Dr
200412
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment