Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Masih Senja

walau senja telah uzur
masih sahaja kau berseloroh
tentang cintamu yang tak berkongsi.
Jelas sudah netra membaca jajaran ruwatan sumpahmu
namun sangkal tetap menjadi ujung tombakmu
di ufuk senja merah itu
takan terkecoh lagi hati
karna cintamu yang meluah kepalsuan.
Biarlah senjaku pasrah
di lumat sang malam
biar pudar dan semakin punah
di pasung senandung malam
yang berkuasa atas cintamu
yang kian mengganda.
Ternyata cintamu tidak hanya aku.
Masih ada jajaran dara-dara
korban kemunafikanmu.
Tiada setitik sesal di hati
karna cintamu yang pernah kupetik, telah kupenggal
hingga tak bertunas lagi.

By: Cintha
03/04/12. 18:35 WIB.

No comments:

Post a Comment