Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Mencari Damai Dari Derita dan Airmata
kedamaian itu
semacam menikmati senja petang
meski berulang menanti datangnya
pasti menyenangkan
dengan seribu kenangan
sedang perang mencari damai
membuakkan benci
meruntuhkan rasa cinta
kerana di sana tercipta derita
membenihkan dendam
membuahkan permusuhan
berpanjangan dan berwarisan
mestikah damai berpadahkan nyawa
mencari makmur dan sejahtera
lalu dibina istana dan pagoda
yang di bawahnya timbunan tulang
penentang dan mangsa perang
dari daerita dan juraian airmata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment