Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Pertemuan

Hembusan sang bayu
Tenang nan mendamai
Fikiranku melayang nun ke sana
Ingin membawa zahir bersamaku

Teringin pada pertemuan pertama
Waktu ku dicuit serumu
Membuat hati rasa dahaga
Takkan puas tiada akhirnya

Hati meronta ingin bertemu
Melangkah menyusuri haluan diri
Mengharap bertemu dikau kumohon
Agar kembali tenang oh diriku

Selagi kau tiada ku temu
Ibarat lautan hilang derunya ombak
Kosong rohani kosong nurani
Apa yang tinggal semuanya sepi

Hanya mimpi mainan diri
Pengubat luka rindu berapi
Walau mimpi dianggap mimpi
Yang reality sebenarnya mimpi

Akan ku tahan dahaga ini
Walau berhabisan air di tanah ini
Kerana pertemuan sanggup ku nanti
Walau tikanya hanya kau yang pasti

Malique Kandayas
9/9/11

No comments:

Post a Comment