Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Puisi - Hasrat Hati.

Dengan nama Allah yang Maha Pencinta Maha Mengasihi.

Yaa Akhi Yaa Murabbi !
Kepada-Nya kami bersaksi
kami sepakat seikhlas hati
tanpa sedikit pun berilusi
atau ingin mencuit hati
tanpa jua rasa dipaksai
jauh sekali rasa dibebani

Yaa Akhi yang Allah cintai !
Silalah Akhi tulus perhalusi
pada tiap patah bicara kami
kenapa Akhi yang kami yakini
untuk dibimbing jadi isteri mithali
bukan kemewahan yang kami cari
kerna sudah lama kami merasai
namun sakinah belum kami nikmati
bukan ketampanan yang kami ingini
kerna masa tetap tidak menyebelahi
melakar garisan usia tanpa terhenti
bukan tinggi darjat yang kami hajati
kerna ianya tidak akan meninggi
pabila kami sudah dikebumi

Yaa Akhi yang kami sayangi !
ini bukan gurauan untuk digusari
tapi ikhlas dari lubuk sanubari
sekian lama kami mencari
kini kami sejiwa akur perakui
redha-Nya yang kami kehendaki
biarlah dibenci insani seisi bumi
asalkan rahmat-Nya kekal menaungi
kesemuanya sudah lebih mencukupi
dari segala kemewahan seisi alam ini
rahmah mawaddah tak ingin kami gadai
tanpa terus leka menipu diri sendiri

Yaa Akhi yang kami kasihi !
usahlah Akhi kalut khuatiri
pada dugaan yang mendepani
biar bersama redah bersatu hati
dengan bahu saling menyentuhi
pasti akan dilimpahi nusrah Illahi
berlapang dada atas keputusan ini
yakin pada-Nya tetap kami dahului
sebelum menyulam kasih pada diri Akhi
pasti kami semua tetap akan dilindungi
tanpa redha-Nya ianya tak akan terjadi
pada Akhi ingin kami setia mengimami
jadi hamba-Nya mutaqqin hingga kemati.

Yaa Allah Yaa Wadud Yaa 'Aruf Rabul Izzati.

Prolog :

Masya-Allah ! Nukilan ini hanyalah larikkan madah berseni. Buat renungan & cermatan jiwa yang masih duduk termanggu keseorangan menggigit jemari. Kerna tiap permasalahan hidup mampu penyelesaiannya ditelusuri. Pabila nawaitu & dasar formulasinya disandarkan pada keluasan ilmu Illahi. Tanpa sedikit pun rasa mementingkan sahaja diri sendiri. Kerna dengan izin-Nya jua pasti hadir pelengkap diri untuk dikabuli.

Namun, buat jiwa yang sukar menghadami. Usah disebakkan dadamu sambil menepuk dahi. Hingga tempias guruh amarah murka berapi. Jika wasilah yang dipilih adalah kehidupan monogami. Sila tukarganti saja dengan perkataan 'daku' bagi setiap istilah "kami". Pada perkataan "sepakat" pula, usahlah sama sekali kalian bacai. Khuatir nanti pernafasanmu akan terhenti. Kemudian silalah dikau hayati sekali lagi. Mengutip cebisan keilmuan yang ingin dikongsi. Asalkan ianya mampu kalian syukuri & redhai. Tanpa membiarkan dirimu leka terus dizalimi. Pasti kesudian itu akan daku hargai hingga ke mati.

Nukilan :
~ Din Kelate ~
27 Jamadil Awal, 1433 H
19 April, 2012
@ Hakcipta Terpelihara

No comments:

Post a Comment