Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Puisi Jiwang 2 ♥

di rembulan indah,
kulihat wajahmu di sana,
memberiku ukiran senyuman
semekar halus mawar nan merah

redupnya cahaya rembulan,
mengingatkan aku akan ayu wajahmu
membuat jantungku berdegup laju
degupan menggetar namamu saja

jika bayu dapat berkata
akan dibisik akan kalimah rinduku
tiada awalnya, tiada akhirnya
terwujud saat hatiku ditawan lirikan matamu

jika aksara tuhan dapat kulukis
akan kujadikan kanvas potret rupamu
biar alam terpaku haru akan cintaku
berasa iri betapa dalamnya amanah kasihku!

haruskah aku buktikan kata
dengan membelah dadaku ini,
tiadakah mampu baitbait yang kusulam
menjadi perhiasan di sukma hatimu?

aku enggan membait janji
bukan kerana aku pengecut,
biarlah aku buktikan dengan caraku
wahai kasih yang kuyakin
kaulah Allah amanahkan buatku!

LOL!!! Marsiling Dr

No comments:

Post a Comment