Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Selingkar Kisah


Lalu aku bangkit dari dudukku di sofa bertampal, hadiah dari pencuri yang aku tolong ketika mengetahui telah menyambar lima helai jeans Levi's dan dikejar orang awam juga orang suratkhabar yang tergenang amarah. Lumayan aku juga dapat bahagiannya. Sehelai.  Sesuai dengan ukuran pinggangku. Walau aku tahu itu hasil curian tapi jeans tetaplah jeans, hasil curian atau tidak, ketika menempel di tubuh tetaplah pakaian yang menutup auratku.

Pencuri itu pernah bercerita kepadaku saat aku singgah ke mahligainya dan minum carlsberg berdua; ''Toast!!''.  Bir itu dingin kerana pencuri itu mempunya peti ais dua pintu hasil rampasan yang lalu. Kemudian aku berkata;  "Mahligaimu seperti rumah pengawai kerajaan, ada TV, astro, mp4, radio, peti ais, rak penuh buku, meja lengkap notebook dengan prosesor Intel Core 2 Extreme X6800, tempat tidur yang empuk, lukisan mahal, tumpukan CD original, dan peralatan gym. Rumahmu ini seperti rumah menteri."  

Dia hanya tertawa kemudian meneguk carlsberg. Lalu aku bertanya lagi,  "kau ini pencuri atau pejabat?" 

Kembali jawapanmu hanya tertawa sambil memutar VCD dan oh.... itu Inul yang sedang bergoyang dan kau terlihat menikmati sekali goyangan gerudi itu. Kau mulai jujur, "lihatlah goyang gerudi itu, adalah seni goyang tingkat tinggi," katamu. 

Tapi buat aku lebih menarik adalah sepak terajangmu. Kau pencuri dan kaya raya, hebat. Aku tidak jadi pencuri dan tentunya aku tidak kaya raya. Patutlah negeri ini penuh dengan pencuri kerana ternyata menjadi pencuri itu dapat memperkaya diri, menikmati hidup, bersenang-lenang, dapat membeli segala isi dunia. Tapi tentunya sebelum di 'tomoi' rakyat.


~ Bintang Kartika

No comments:

Post a Comment