Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Sembilu Katamu Indah ♥

sembilu katamu indah
pesonakan mereka membaca
terselit juga racun berbisa
menghiris amat dalam

sengaja mencari alasan
menagih perhatian simpati
meracuni sisa-sisa ada
membuta tulikan hati?

apa kau tahu
menista kata berulat kejam?
apa yang kau mahu
mencakar hati terguris luka?

diam bukan bererti benci
sepi bukan bererti lari
onak duri kau tebarkan
sudah amat melukai

sembilu katamu indah
tepat menusuk luka
maaf, kau berjaya membunuh
sisa-sisa rasa tersimpan
kini, jalani hukuman ini
aku matikan wujudku hanya untukmu!

Marsiling Dr
010412

No comments:

Post a Comment