Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Separuh Hati ♥

separuh hati kukorbankan
segala dipinta tanpa bantahan,
namun saat hati ini diragut kasih
mengapa dibalas deduri kehampaan?

sering dicabar akan buktinya cinta,
diugut kata-kata menakutkan
apakah lagi masih dituntut
bukankah separuh hati ini diberi tulus?

dalam rayuan madah diikat ketat,
merantai bebas dalam paksaan
terpasung sepi akan penjara taat
mengapa pula ditinggal sendirian?

indahnya sumpah dalam percintaan
pelbagai jenis manisan disentuhi bibir,
tika hati tertawan sudah akan cinta
dihiris, dirobek dengan sembilu kesal!

sering dipalu durjana sepi
malam-malam hadir tanpa teman
hidup mati tetap sendirian
inikah mandat cintamu, sayang?

Marsiling Dr

No comments:

Post a Comment