Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Suara....

Banyaknya suara
Suara oh suara
Tak berhenti berkalam
Sungguhlah bagai dikata
Manusia dalam kerugian yang nyata

Habis satu-satu
Dari hal kamar hingga ke isu semasa
Semua jadi bahan bualan
Ralit hingga tak sedar apa

Adakah kan peduli
Adakah kan sedar
Kau diambang bahaya
Selagi kau ditokok lama
Itulah manusia berhati dunia

Bagi yang tahu
Bagi yang merasa
Tiada sesaat rasa sesal
Akibat perbuatan dianggap noda
Zahirnya kelam
Batinnya bersinar banar
Yang leka teruskan leka
Seronok dalam dunia khayalan
Yang kenal teruskan kenal
Asyik dalam dunia impian
Walaupun di alamnya sama

Malique Kandayas
oct 2011

No comments:

Post a Comment